Saturday, October 25, 2014

Hijrah 2.0.1.4

Assalamualaikum,

Rasa kekok nak menulis setelah sekian lama menyepi.
Terlampau sibuk dengan urusan duniawi yang, dan semenjak 'Hati' kembali tanah air..

Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang aku menyepi. Dan banyak yang aku pelajari dari peristiwa itu. Suka dan duka, ku jadikan hikmah untuk aku pelajari kehidupan yang dipinjam sementara dari yang Esa.

Terlalu banyak nak ku katakan dari bulan June 2014 hari itu, tapi ku hanya mampu mengarang didalam kotak fikiran sahaja. Biarkan sahaja aku coretkan di dinding ingatan ku.. Tapi pengalamanku, akan aku sampaikan kepada yang memerlukan.

Aku boleh untuk menyampaikan perasaan di FB, tapi ku memilih untuk mengarang di Blog supaya orang tidak menyampah dengan 'keluhan' aku.. Di Blog ini, siapa nak tahu pasal aku, mereka yang akan cari, bukan aku yg sibuk advertise sana sini untuk menagih simpati.

Aku yang dulu jahil, Allah tunjukkan arah untuk aku kembali ke pangkal jalan, tapi..
dengan dugaan yang menyakitkan.. Lama juga untuk aku kembali ke bumi yang nyata, dan aku anggap semuanya ada hikmah..

Aku sedar dari lamunan 'kegembiraan' yang selama ini ku hanyut dan tidak ingat kepada Allah..

Kini aku dah berubah, dan aku berjanji untuk berubah sempena Awal Muharam ini, iaitu tahun baru bagi umat Islam.. Moga aku berubah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Dan moga Allah mengampuni aku, permudahkan urusan ku, murahkan rezeki ku dan keluarga ku, dan tetapkanlah hati ini untuk mengikuti agama-Mu..

Cukuplah untuk entry pertama untuk tahun ini, dan akan ku coretkan lagi selepas ini nasihat-nasihat / usrah yang aku perolehi.

Assalamualaikum