Wednesday, May 13, 2015

Ending is the new beginning

Assalamualaikum,

Memang teramat lama sangat blog ni terbiar. Sampaikan wallpaper belakang pun dah hilang.. Haha..
Dan hampir setahun untuk 'kejadian' pahit aku hampir berlalu. Harap aku dah boleh bergerak kehadapan, dan melupakan segala memori silam. Biarlah Allah sahaja yang membalas, dan dapat memberi kesabaran kepada ku.

Semalam ialah hari ulang tahun aku di lahirkan kedunia ni yang ke 29 kalinya... Alhamdullillah dan bersyukur kepada Allah, aku masih diberikan peluang untuk bernafas, diberikan peluang untuk beribadah dan bertaubat kepadaNya. Moga untuk sekian kalinya, aku ingin berubah kepada yang lebih baik dari semalam.

Untuk kali ini, aku dah senaraikan beberapa azam yang ingin aku capai sebelum umur aku cecah 30tahun. Semoga aku diberikan peluang untuk bernafas untuk terus beribadah.

Senarainya adalah seperti berikut :

  1. Sembahyang awal waktu dan cukup
  2. Mengaji Al-Quran sebaik mungkin
  3. Membahagiakan kedua ibu bapa ku
  4. Menghabiskan Ijazah Sarjana @ Master
  5. Cuba nak dapatkan badan yang sihat (Fit and 6pax)
  6. Achieve RM 100k mark for saving
  7. Kahwin? After all 4 complete maybe or aku hanya mampu berdoa kepadaNya
Tu antara yang aku rasa patut aku capai. Kalau nak senaraikan lagi secara detail, mungkin lebih banyak dan aku jadi lebih serabut. Cukup ini dulu untuk ku capai.

Dan last sekali, harap aku dapat menghidupkan balik blog ini balik..

Moga jumpa lagi.. Assalamualaikum